
Oleh Mazlin Basir (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 30 Nov (Malaysiaaktif) – “Program Gotong-Royong, Pemeriksaan Kesihatan Percuma dan Ziarah Mahabbah” berlangsung Jumaat lepas di Masjid Jamek Kangkar Melimau, Parit Sulong.
Antara aktiviti termasuk pembersihan kawasan rumah penduduk kampung dan memasang zink baharu yang merupakan fokus inisiatif berpaksi kepada usaha membantu golongan kurang berkemampuan serta memupuk budaya saling membantu.
Program bermula pada pukul 7.30 pagi dan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sri Medan, Datuk Zulkurnain Haji Kamisan.
Program ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab korporat Johor Corporation dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Agama Islam Negeri Johor, Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor (JoyDec) dan Guru Muda 1Malaysia (GM1M).