Skip to main content
Berita TempatanSabah

Penyerahan Sesekat Bagi Privasi Mangsa Banjir Di Pusat Pemindahan

By 30 November 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh Nur Azean Makbul (Sabah)

KOTA BELUD, 30 Nov (Malaysiaktif) –? Pusat Khidmat Masyarakat P169, Kota Belud Jumaat lepas mengambil langkah awal dalam mempersiapkan pelbagai peralatan bagi kegunaan mangsa di sekitar Kota Belud.

Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P169 Kota Belud Mohd Nazarul Hizam Ahmad menyerahkan sebanyak 50 sesekat (partition) kepada Pegawai Daerah Kota Belud, Haji Abdul Gari Itam di Pejabat Majlis Daerah Kota Belud.

Mohd Nazarul berkata,“sumbangan ini adalah bagi memberi keselesaan dan privasi kepada mangsa-mangsa banjir sekitar daerah Kota Belud sebagai antara keutamaan dalam soal kebajikan mangsa.”

“Partition ini juga sedikit sebanyak memberi kesenangan kepada mangsa, terutama bagi ibu-ibu dan bayi mahupun wanita yang tentunya sebelum ini amat tidak selesa di pusat penempatan mangsa banjir yang disediakan Jawatankuasa bencana,” ujarnya lagi.

Jawatankuasa Bencana Banjir yang dipengerusikan oleh Abdul Gari turut berharap lebih banyak pihak, termasuk Badan Bukan Kerajaan di daerah tersebut memberikan sumbangan peralatan sebagai persiapan sekiranya banjir berlaku.

Beliau turut mengingatkan masyarakat di daerah ini agar sentiasa bersiap sedia, memantau keadaan dan bertindak segera jika kawasan kediaman mereka mula dinaiki air bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

 

Tinggalkan komen anda