
Oleh Muhamad Nawawi Kasa (Pendang)
PENDANG, 25 Nov (Malaysiaaktif ) — Program My Beautiful Malaysia berlangsung di daerah Pendang dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK ) pagi tadi.
Inisiatif yang dijalankan secara bergotong-royong bersama masyarakat setempat ini bertujuan mengeratkan kerjasama antara jabatan kerajaan dan penduduk untuk membasmi sarang-sarang penagihan dadah.
Menurut Penyelaras Program, Mohd Hasrie Mohd Fadzil, program tersebut dapat mewujudkan jalinan mantap sesama agensi dalam usaha mencegah bahaya dadah daripada terus merebak.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Bendang Raja, Haji Yaacob Abdullah berkata, program sebegini juga membantu membina semangat perpaduan dalam masyarakat ke arah matlamat yang sama.
Program My Beautiful Malaysia salah satu daripada Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan diadakan di seluruh negara.