Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Mukim Sungai Petani, Sidam Kiri Dilanda Banjir Kilat

By 25 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

 

Oleh  Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 25 Nov (Malaysiaaktif) — Limpahan air disebabkan hujan lebat  yang berterusan selama beberapa jam mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan, termasuk  Mukim Sungai Petani dan Sidam Kiri petang kelmarin.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kuala Muda, Lt Muda (PA) Azahar Ahmad, berkata, banjir disebabkan kegagalan sistem perparitan di beberapa kawasan.

7bada58e-5b65-40f5-b466-392cdb025d3f

Menurut Azhar, seramai 30 anggota JPAM daerah Kuala Muda diketuai oleh Sarjan (PA) Hasrul Mohd Heary Halim bersama anggota polis dan  Jabatan Bomba dan Penyelamat  membantu mangsa banjir berpindah ke tempat yang selamat.

Sebanyak dua buah pusat pemindahan banjir dibuka pada pukul 11.30 malam.  Seramai 11 keluarga melibatkan 50 orang mangsa ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Saraswathy, manakala 60 mangsa daripada 11 keluarga di pindahkan ke Dewan Kampung Jerung.

91da06e8-c776-4871-9223-ada8e2284054

Bagaimana pun, pusat pemindahan di Dewan SRJK (T) Saraswathy  ditutup kira-kira pukul  7.30 pagi manakala Dewan Kampung Jerung pada pukul 7.00 petang.

Semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah air surut sepenuhnya. Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Azhar menasihatkan  penduduk supaya berjaga-jaga jika paras air melebihi amaran dan  segera berpindah sekiranya diarahkan.

 

95d49406-8863-4269-a607-e8016c160a0a

 

Tinggalkan komen anda