Skip to main content
HomeViral

Keputusan UPSR Diumum Selasa Depan

By 10 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

PETALING JAYA, 10 Nov — Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan pada Selasa depan.

Para pelajar boleh mengambil keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada 17 November.

Mereka juga boleh mendapatkan keputusan melalui SMS dari pukul 10 pagi pada 17 November hingga 11:59 malam pada 23 November melalui perkhidmatan mySMS.

Untuk menggunakan perkhidmatan mySMS, taip UPSR <jarak> Angka Giliran dan sms ke 15888. Caj penghantaran RM0.15 dan caj penerimaan RM0.20 akan dikenakan untuk perkhidmatan ini.

Menurut Kementerian Pendidikan, sejumlah 455,929 pelajar menduduki peperiksaan itu pada bulan September melibatkan 8,134 pusat peperiksaan di seluruh negara.

 

– ms

 

Tinggalkan komen anda