Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlisViral

Keputusan UPSR Perlis Terbaik Dalam Tempoh 5 Tahun

By 17 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  Wan Muhamad Zikri Wan Kamis (Kangar)

KANGAR, 17 Nov (Malaysiaaktif) – Calon UPSR 2015 di Perlis berjaya mendapat keputusan yang terbaik dalam tempoh 5 tahun, demikian pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perlis hari ini.

Sementara itu, 45 daripada 76 buah sekolah di Perlis meningkat dari segi gred purata sekolah.

IMG-20151117-WA0005

Sekolah yang mendapat keputusan UPSR terbaik tahun ini ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Indera , Sekolah Rendah Agama Islahiah, SK Sena , SK Putra , SK Stella Maris , SK Guar Nangka, SK Titi Tok Bandar , SK Institut Perguruan Guru , SJK (C) Simpang Empat, SK Oran dan SK Jejawi .

Manakala 55 buah sekolah mempunyai calon yang mendapat keputusan semua A, antaranya SK Sri Indera 41 calon, SK Tengku Budriah 28 calon, SK Jejawi 20 calon, SK Sena 19 calon , SK Kayang 17 calon, Sk Stella Maris 16 calon , SK Oran 15 calon,  SK SR Islam 1, 13 calon, SK Sri Tunjung, 11 calon dan selebihnya kurang dari 10 calon mendapat semua A di 46 buah sekolah.

Calon UPSR mendapatkan keputusan mereka pada pukul 10.00 pagi tadi di sekolah masing-masing.

 

Tinggalkan komen anda