Skip to main content
EkonomiHomeViral

Sokong Bajet 2016, Banyak Bantu Rakyat – Khalid Ibrahim

By 17 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad (Parlimen)

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Malaysiaaktif) – Bekas Menteri Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan tindakannya untuk menyokong bajet 2016 sebagai keputusan tepat.

Beliau menjelaskan keputusan itu dibuat berikutan terdapat keperluan pembangunan dirancangkan oleh kerajaan demi kesejahteraan rakyat.

Walaupun terdapat beberapa bahagian yang perlu dibaiki, beliau berpendapat ia tidak wajar digunakan sebagai alasan untuk menolak bajet itu.

“Malah, ketika ucapan bajet saya, saya persoalkan keperluan penswastaan. Jadi kita boleh memperbetulkan masalah konsesi yang mengaut keuntungan besar hari ini, jika ada perkara yang perlu kita betulkan, kita tidak perlu memperbetulkan keseluruhan bajet.

“Jadi sebagai ahli Parlimen Bandar Tun Razak, tiada keperluan untuk saya menolak bajet,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, beliau berhasrat  untuk tampil di kawasannya di Bandar Tun Razak bagi menerangkan keputusannya itu.

“Saya boleh berjumpa pengundi di kawasan saya dan mengatakan ini yang saya rasa betul,” katanya lagi.

Sebelum ini, Khalid Khalid yang juga ahli Parlimen bebas  menyokong Bajet 2016 termasuk enam ahli Parlimen pembangkang yang lain.

Seramai 121 ahli Parlimen Barisan Nasional berbanding hanya 81 pembangkang.

Namun, selepas undian dikira ia menunjukkan 128 ahli Parlimen bersetuju dengan rang undang-undang tersebut manakala 74 ahli Parlimen tidak bersetuju.

 

Tinggalkan komen anda