Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Lapan Rumah Rosak Akibat Ribut Di Bemban Melaka

By 23 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 23 Nov (Malaysiaaktif) — Sebanyak lapan buah rumah di Taman Kesang Indah, Bemban rosak akibat dilanda ribut hari ini.

Kejadian kira-kira 12.10 tengahari itu menyebabkan rumah-rumah tersebut mengalami kerosakan pada bahagian bumbung.

Ribut diiringi hujan lebat, bagaimanapun, tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

20151123002538 (2)

ADUN Bemban, Datuk Ng Choon Koon turut meninjau lokasi kejadian ribut.

Pusat Kawalan Operasi Daerah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah menghantar seorang pegawai bersama enam anggota ke tempat kejadian sejurus menerima aduan.

Kesemua mangsa telah pun membuat laporan polis.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bemban, Datuk Ng Choon Koon turut meninjau lokasi kejadian.

 

Tinggalkan komen anda