Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

100 Kanak-kanak Sg Acheh Dalam Program Berkhatan Perdana

By 23 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Andi Abdul Rohim & Ammar Yas Azudin (Seberang Perai)

NIBONG TEBAL, 23 Nov (Malaysiaaktif) — Mengambil kesempatan cuti sekolah yang panjang , Program Berkhatan Perdana diadakan di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat di sini semalam.

Seramai 100 orang kanak-kanak yang terdiri daripada anak penduduk sekitar kawasan Sungai Acheh mengambil bahagian.

Sebagaimana tradisi turun temurun di sini anak-anak yang akan berkhatan diarak beramai-ramai dengan diringi ibu bapa menuju ke lokasi majlis.

20151122234418

Keterujaan bertambah apabila mereka menjadi sasaran pancutan air oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Seberang Perai dan disusuli dengan sesi tayangan hiburan bagi membantu mengurangkan debaran dan rasa takut.

Majlis dirasmikan oleh Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh, Ishak Ismail.

Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN Sungai Acheh dengan kerjasama Pemuda dan Puteri UMNO Nibong Tebal.

 

Tinggalkan komen anda