Skip to main content
Berita TempatanHomeSabahViral

D’Angels ‘From Studio To Live Performance #6’ di Penampang

By 23 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Zuraidah Ahmad (Sabah)

KOTA KINABALU, 23 Nov (Malaysiaktif) – Penggemar seni muzik dan nyanyian di negeri ini dipelawa menyaksikan Konsert D’Angels ‘From Studio To Live Performance #6’ di KDCA Penampang bermula pukul7.00 malam ini.

Tiket berharga RM10 untuk individu dan RM100 untuk satu meja serta jamuan makan malam boleh didapati sama ada datang terus ke lokasi tersebut bermula pukul  10.00 pagi atau menghubungi Pegawai Perhubungan, BB Tuning 019-8339243, Vynn 019-5397722 atau Cindy 016-5858708.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan D’Angels Music Academy di sini, Pengurusnya, Diana Stephen Tuning berkata selain menyaksikan konsert, orang ramai juga dialu-alukan mendaftar secara percuma bagi mengikuti kelas muzik, seperti violin, piano, drum, gitar, flute di samping kelas vokal dan teori.

Antara pelajar D’Angels yang akan membuat persembahan ialah Finalis Ceria PopStar Musim Ke-3 2015, Pasqueletta dengan single terbarunya ‘I Like You’.

Selain beliau, Johan Sugandoi Dazanak Peringkat Negeri 2000 dan Naib Johan Bintang remaja RTM 2014, Angelica Paujin juga akan membuat persembahan.

Bakal menyerikan konsert, kemunculan artis tempatan, seperti penyanyi lagu Kada Noh Soroho, Diana dan Apai atau Andrew Poninting yang juga bertindak sebagai pemimpin Okestra D’Angels serta para tenaga pengajar di akademi berkenaan.

Majlis perasmian konsert akan disempurnakan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah.

 

Tinggalkan komen anda