Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahEkonomiHomeMelakaViral

Melaka Komited Melonjakkan Nama Di WTM 2015

By 4 November 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

LONDON, 4 Nov (Malaysiaaktif) — Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron antara yang hadir sempena 36th World Tourism Market (WTM 2015) selama empat hari di sini.

Beliau mewakili Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka bersama seramai 84 anggota daripada 44 organisasi, termasuk agen pelancongan, hotel dan syarikat penerbangan.

Sepanjang acara tahunan ini, Melaka akan menggunakan peluang sepenuhnya untuk membina dan memantapkan perangkaian dengan para pemain industri, media dan juga pelancongan.

 

20151103203116

Datuk Seri Nazri Aziz bersama Datuk Seri Idris Haron semasa pelancaran ‘Taxi Wrap Campaign’ London.

 

WTM 2015 merupakan kali ke 32 Malaysia mengambil bahagian dalam acara berprestij ini sejak dimulakan pada 1983.

Kehadiran Idris kali ini menunjukkan komitmen negeri Melaka untuk terus mempromosikan kepelbagaian kota bersejarah itu di persada dunia.

Menerusi penyertaan ini juga, negeri Melaka menyasarkan peningkatan dan pengekalan imej sebagai sebuah destinasi pelancongan terkemuka, selain memantapkan usaha promosi di United Kingdom.

 

IMG_0040_0ce1d

 

Pada Isnin lepas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz melancarkan ‘Taxi Wrap Campaign’ sebagai sebahagian daripada usaha Pelancongan Malaysia sempena WTM 2015. Melalui kempen ini sejumlah 80 buah teksi ‘Black Cab’ di kota London memperagakan visual pelbagai tarikan pelancongan di Malaysia.

Malam tadi berlangsung Sidang Kemuncak Menteri-Menteri di WTM 2015 untuk membincangkan pelbagai isu dan pencerahan tentang industri pelancongan di negara-negara ahli. Pengacara popular CNN, Richard Quest muncul sebagai moderator.

Untuk 2014, Melaka menjangkakan ketibaan seramai 15 juta pelancong. Bagaimana pun, kemelesetan ekonomi global yang berlaku sekarang menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung industri berkenaan, walaupun tidak lama dahulu, Nazri Aziz pernah menyatakan bahawa kejatuhan nilai ringgit menguntungkan industri pelancongan negara.

 

Tinggalkan komen anda