Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Pelajar SK Jalan Kuantan Teruja Dengan Kehadiran Sultan Perak

By 14 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Edawati Sulaiman@Hod (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Malaysiaaktif) — Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pagi tadi menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan.

Ketibaan baginda dan isteri, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim disambut dengan paluan kompang dan nyanyian koir oleh pelajar sekolah. Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian oleh kanak-kanak tadika sekolah tersebut.

20151114000908

Bersempena majlis itu baginda menyampaikan anugerah cemerlang kepada seramai 26 pelajar, termasuk Nursyazlyana Azhar dan Nur Izlyana Hamizah Abd Halim, masing-masing penerima Anugerah Tokoh Murid Terbaik Keseluruhan.

Penerima Anugerah Lonjakan Saujana, Adam Muqlish Mahizi, berasa sungguh gembira  menerima anugerah tersebut daripada baginda Sultan Perak sendiri.

20151114000908 (2)

Sementara itu, dalam ucapannya, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan, Halim Khamis berkata, majlis diadakan bagi meraikan kejayaan cemerlang murid-murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Ia juga untuk meraikan para waris yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak sebagai agenda pertama dalam kehidupan mereka.

Beliau berkata majlis tersebut diadakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Antara yang hadir bersama ibu bapa dan pelajar sekolah, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad.

 

Tinggalkan komen anda