Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kenali Sabah Melalui Budaya, Pembangunan Dan Keindahannya

By 14 November 2015November 16th, 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Zuraidah Ahmad & Jeffren Malaning (Sabah)

PAPAR, SABAH, 14 November 2015 (Malaysiaktif) – Berkongsi maklumat,  memahami budaya serta menjalin persahabatan adalah antara faedah Lawatan Program Kembara Minda Komuniti 1Malaysia (K1M) Daerah Betong, Sarawak ke Sabah.

Ketua rombongan yang juga Pegawai Penerangan Daerah Betong, Mohd Azuel Abdullah berkata lawatan tersebut juga mampu menyemarakkan semangat setiakawan antara ahli-ahli K1M.

“Ahli rombongan rata-rata belum pernah ke Sabah jadi menerusi program ini mereka dapat mengenali budaya, melihat pembangunan serta menikmati keindahan Negeri Sabah.

“Selain itu, mereka dapat berkongsi maklumat memandangkan K1M Daerah Betong juga mempunyai produk makanan tradisi yang dikomersilkan,” jelasnya.

Rombongan disertai 24 orang merangkumi tujuh K1M dalam daerah berkenaan, iaitu K1M Kg Melayu, Bungin, Tuie, Maludam, Beladin, Rimbas dan Spaoh.

Mereka tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan selama tiga hari dua malam melibatkan lokasi-lokasi pelancongan.

Rombongan melawat Pantai Tanjung Aru, Taman Negara Kinabalu, Desa Cattle Kundasang, Kolam Air Panas Poring dan dirai K1M Lohan Ranau sebelum melawat ke daerah ini.

Ketika berada di sini, K1M Daerah Betong juga sempat melawat Perusahaan Ikan Masin di Kimanis dan Perusahaan Kuih Lidah di Kg Berundung sebelum dirai dalam Jamuan Tengahari Bersama K1M  Daerah Papar.

Hadir sama, Penolong Pengarah PKPM merangkap urusetia, Chindarayareh Binti; Pengerusi Permuafakatan K1M Papar, Haji Awang Mahmud Pg Daud yang juga Pengerusi K1M Kg Benoni;  Pengerusi K1M Mukim Pengalat, Tahir Diasin dan Pegawai Penerangan Daerah, Ag Zebulbahari Ag Tusof

 

Tinggalkan komen anda