Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Dua Buah Rumah Sumbangan Bawah Strategi NBOS

By 14 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Aziz Abdul Rahman (Bau)

BAU, 14 Nov (Malaysiaaktif) — Majlis ‘Masih Ada Yang Sayang’ diadakan di sini hari ini bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan agar dapat menikmati kehidupan dengan lebih selesa di bawah strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Seramai 18 orang menerima pelbagai sumbangan untuk menjalankan perniagaan, sementara dua orang penerima masing-masing mendapat sebuah rumah.

Majlis yang berlangsung di Dewan Saurah Bau ini anjuran bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Muda Sarawak, Dr Jerip Susil. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah JaPen, Sukari Abdul Hamid dan Timbalan Ketua Setiausaha KKMM, Azmi Haron.

 

Tinggalkan komen anda