Skip to main content
HomeSelangorViral

Banjir Lagi Di Subang Jaya dan Shah Alam

By 17 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

SHAH ALAM, 17 Nov — Beberapa kawasan di Shah Alam dan Subang dilanda banjir kilat buat kali kedua pada Selasa.

Seksyen 13 dan Seskyen 9 di Shah Alam dinaiki air semula selepas hujan lebat berterusan sejak pukul 3.30 petang Selasa.

Kedua-dua kawasan itu turut dilanda banjir kilat pada Isnin, menyebabkan laluan berkenaan tidak dapat dilalui kenderaan ringan.

Pergerakan trafik agak perlahan di sepanjang Persiaran Sukan manakala jalan sesak di persimpangan Bukit Jelutong.

Menara jam lama Subang di Lebuhraya Persekutuan turut dinaiki air menyebabkan laluan sesak di sepanjang jalan menuju ke Lapangan Terbang Lama Subang dekat Citta Mall.

 

–ms

Tinggalkan komen anda