Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Puncak Alam Banjir, 140 Mangsa Dipindahkan

By 16 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

SHAH ALAM, 16 Nov (Malaysiaaktif) — Banjir menyebabkan laluan ke beberapa kawasan di Puncak Alam terputus  berikutan hujan lebat sejak tengah malam tadi.

Laluan dari Meru, Klang dinaiki air hingga menyebabkan beberapa buah kereta tersangkut dalam banjir.

Kawasan kediaman Jalan Lautan Samudera di Puncak Alam lokasi yang paling teruk dilanda banjir hingga menyebabkan lebih 140 penduduk dipindahkan. Kira-kira 167 buah rumah dinaiki air.

20151116002925

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Moh Sani Harul berkata hingga pukul 8.00 pagi tadi, sebanyak 30 keluarga dipindahkan ke Surau At Taufiqiah Puncak Alam.

“Selain Jabatan Bomba dan penyelamat, agensi-agensi lain yang turut membantu dalam operasi pemindahan dan menyelamat termasuk polis, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM),” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, hujan lebat petang tadi juga menyebabkan kesesakan trafik di beberapa kawasan berikutan banjir yang berlaku.

Trafik didapati sesak di Shah Alam kerana banjir di kawasan Tol Shah Alam hingga membabitkan Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE), Lebuhraya Guthrie dan Lebuhraya Elite.

Banjir kilat turut berlaku berhampiran Citta Mall, Subang menyebabkan trafik tidak dapat bergerak dari bulatan Skypark.

Sementara itu, kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku berhampiran persimpangan Kewajipan menghala ke Subang dan menghalang laluan sebelah kiri menyebabkan kesesakan trafik dari HICOM.

Tinggalkan komen anda