
JOHOR BAHRU, 16 Nov (Malaysiaaktif) — Hujan lebat selama lebih dua jam menyebabkan banjir kilat berlaku di bandaraya ini.
Berpuluh buah kereta tenggelam dalam banjir berikutan hujan yang bermula sejak pukul 11.00 pagi tadi.
Kawasan yang paling teruk terjejas ialah Jalan Wong Ah Fook dan Jalan Sultan Ibrahim sepanjang Danga Bay.
Sementara itu, beberapa tempat letak kereta bawah tanah di pusat bandaraya juga dilaporkan ditenggelami air.
Trafik di laluan-laluan utama ke bandaraya ini mengalami kesesakan.