Skip to main content
Berita TempatanHomeKedah

Seramai 16 Penagih Ditahan Dalam ‘Ops Bersih 4’ Kuala Muda

By 28 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

KUALA MUDA, 27 Nov (Malaysiaaktif) — Seramai 16 penagih dadah, berumur antara 17 hingga 41 tahun, termasuk seorang wanita dan tiga beradik ditahan dalam ‘Ops Bersih 4’ yang dijalankan oleh Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda Rabu lepas.

Ketua Pegawai AADK Kuala Muda, Samsuri Yusuf berkata, tiga tangkapan dilakukan di kawasan Kampung Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun, lima di Flat Paya Nahu, lima di Taman Desa Aman, satu di Taman Sri Bedong, satu di Taman Sri Tanjong dan satu di kedai besi buruk Jalan desa Jaya.

Operasi diketuai oleh Ketua Operasi AADK Kuala Muda, Mohd Fitri Amin Zainol bersama 10 anggota hasil maklumat orang ramai tentang sarang penagihan dadah di sekitar kawasan Sungai Petani, Gurun dan Bedong yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi dalam daerah Kuala Muda.

Dalam serbuan itu juga dijumpai sebungkus bahan di dalam plastik lut sinar yang dipercayai dadah jenis opiat dianggarkan seberat 10mg dan bungkusan kecil yang masih mengandungi dadah milik seorang lelaki India yang dipercayai penjual dadah. Suspek dibawa ke Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di sebuah rumah di Taman Desa Aman, Sungai Lalang pula, lima penagih, termasuk tiga adik beradik ditahan berdasarkan ujian air kencing yang mendapati positif dadah.

Kesemua yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

 

Tinggalkan komen anda