
Oleh Norfarhana Mohd Zainal Abidin (Kuala Selangor)
KUALA SELANGOR, 28 Nov (Malaysiaaktif) — Seorang warga emas wanita mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir SK Parit Mahang di sini meninggal dunia.
Mangsa, Arbiah binti Ijah, 64 tahun dikatakan mengalami serangan lelah sejurus selepas keluar dari pusat pemindahan kelmarinuntuk pulang ke rumahnya di Jalan Kenangan, Kampung Parit Mahang.
Pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan petugas kesihatan mendapat panggilan pada kira-kira pukul 6.00 petang dan bergegas lokasi kejadian.
Walaupun tidak secara langsung, mangsa merupakan korban pertama sejak banjir melanda daerah Kuala Selangor.