Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

UiTM Cawangan Kedah Cipta Sejarah, Lahirkan 690 Graduan

By 28 November 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

MERBOK, 28 Nov (Malaysiaaktif) — Seramai 690 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-83 yang berlangsung di Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah di sini pada Ahad lepas.

Menurut Rektor UITM Kedah, Dr Asmadi Mohammed Ghazali, istiadat konvokesyen kali ini amat istimewa dan akan terpahat dalam lipatan sejarah UiTM kerana buat julung kalinya ia diadakan dan disambut oleh warga UiTM Kedah sendiri.

 

20151127213514

 

Menurut Koordinator Unit Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa UiTM Kedah, Azlan Abdul Rahman, seramai 686 graduan menerima diploma dan empat graduan mendapat Ijazah Sarjana Muda dari tujuh fakulti, iaitu Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan Maklumat, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi dan Fakulti Sains Komputer dan Matematik serta Fakulti Pengurusan Pelancongan.

Graduan Terbaik, Siti Hasmah Kasmin, 21, yang mengikuti jurusan Diploma Perakaunan berkata, “tidak dapat saya nak menggambarkan perasaan saya ketika ini setelah bertungkus lumus belajar. Bagaimana pun, sokongan keluarga amat penting, terutama ibu yang banyak membantu.”

Sementara itu, Muhammad Radzi Che Ahmad, 21, yang muncul sebagai graduan terbaik dan penerima Anugerah Canselor dalam kursus Diploma Seni Luki dan Seni Reka Perindustrian berkata, “Alhamdulillah, selepas ini saya akan menyambung pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sehingga mencapai kejayaan yang saya ingini”.

Majlis disempurnakan oleh Pro Canselor UiTM, Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda