Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Parit Tersumbat, Pembalakan Haram Punca Banjir Kilat

By 5 November 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Muhamad Nawawi Kasa (Pendang)

PENDANG, 5 Nov (Malaysiaaktif) — Hujan lebat yang melanda Daerah Pendang pada petang semalam menyebabkan beberapa buah kampung dan juga taman perumahan dinaiki air.

Tinjauan Malaysiaaktif di Kampung Kilang Kechil dan Kampung Banggol Pak Sahak mendapati punca banjir disebabkan sistem peparitan yang tersumbat dan juga sikap masyarakat yang membuang sampah ke dalam longkang dan sungai.

20151104215557 (2)

 

20151104215557

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kilang Kecil, Husin Ariffin terdapat empat buah rumah dan dua buah kedai yang terlibat.

Di Kampung Banggol Pak Sahak terdapat kira-kira 15 buah rumah yang terlibat akibat kerja-kerja pembalakan di kawasan Bukit Jambul.

Menurut seorang penduduk,  Faridah Mat Isa, 52, walau pun laporan telah dibuat kepada Jabatan Hutan dan Pejabat Daerah, namun tidankan mereka agak terlambat.

 

Tinggalkan komen anda