Skip to main content
EkonomiHomeViral

Sijil Penyelanggaraan Motosikal Kuasa Tinggi Di Kolej Komuniti

By 5 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Aimi Huwaina (Putrajaya)

PETALING JAYA, 4 Nov (MalaysiaAktif) — Pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh sangat bergantung kepada tenaga kerja berkemahiran tinggi. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Tinggi menerusi Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti memperkenalkan satu program dalam bentuk Sijil Penyenggaraan Motosikal (Berkuasa Tinggi).

Program yang akan ditawarkan di Kolej Komuniti Bagan Datoh, Perak selama 5 semester ini akan memulakan sesi pertama pada 15 November dengan 20 orang pelajar.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata program ini tidak akan menampakkan signifikannya tanpa penglibatan penuhnya daripada industri itu sendiri.

“Program ini merupakan program kemahiran pertama di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Naza World Sdn Bhd dan Naza Bikes Sdn Bhd.”

“Pada peringkat awal perancangan pelaksanaan program ini, tenaga pengajar kolej komuniti turut mendapat khidmat nasihat daripada NAZA Bikes Sdn Bhd berkenaan penyediaan spesifikasi peralatan akademik dan kemudahan penyelenggaraan motosikal.”

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan 20 unit motosikal ‘Cruiser & Skuter’ sumbangan Naza World Sdn Bhd di sini, petang semalam.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan NAZA World, Zakaria Ismail berharap pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh akan memberi kelebihan dalam alam pekerjaan kelak.

“Walaupun peranan yang dimainkan kecil, kami berharap ia dapat membantu dalam mempertingkatkan lagi sistem pendidikan negara, terutama bagi masa depan industri automotif.”

 

Tinggalkan komen anda