Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Tanggungjawap Wakil Rakyat Ringankan Beban Rakyat

By 10 November 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Zuriatina Tamat (Tangkak)

LEDANG, 7 Nov (Malaysiaaktif) — Adalah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab wakil rakyat setempat dalam membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan, terutama apabila menghadapi hari perayaan.

Ahli Parlimen Ledang, Datuk Hamim Samuri, berkata, “mulai tahun ini, wakil rakyat di pihak kerajaan, khususnya di Ledang akan memberikan sedikit bantuan sumbangan perayaan kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut perayaan masing-masing.”

Katanya lagi, “Ini tidak bermakna mereka yang menerima bantuan bulanan selain dari JKM diketepikan. Mereka juga perlu dibantu untuk meningkatkan taraf hidup.”

Hamim dalam ucapanya menyeru agar mana-mana jabatan, agensi, persatuan malah individu yang mampu supaya turut menghulurkan bantuan kepada mereka.

Hamim berkata demikian dalam majlis penyampaian sumbangan Deepavali 2015 dan majlis penyerahan Wang Pembiayaan Pendahuluan (WPP) PTPTN kepada 39 pelajar politeknik pada Sabtu lepas.

Tinggalkan komen anda