Skip to main content
Berita TempatanJohor

Deepavali : Masih Ada Yang Sayang di Buloh Kasap

By 10 November 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Vicnaraja a/l Chandran (Segamat)

SEGAMAT, 10 Nov (Malaysiaaktif) — ‘Masih Ada Yang Sayang’ menyerlahkan maksud  tema program bantuan sempena sambutan perayaan Deepavali di kawasan Buloh Kasap Rabu lepas.

Seramai 120 orang menerima bantuan keperluan harian dan wang tunai sebanyak RM50 bagi membantu meringankan golongan kurang bernasib baik menyambut perayaan Deepavali.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Buloh Kasap, Norshidah Haji Ibrahim.

Turut hadir kira-kira 300 orang yang terdiri daripada pemimpin masyarakat, ketua kampung dan penduduk India setempat.

Program bantuan yang berlangsung di Dewan Raya Buloh Kasap ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri Kawasan Buloh Kasap.

 

Tinggalkan komen anda