Skip to main content
GlobalHomeViral

140 Pelajar Taylor’s University Malaysia Selamat Di Paris

By 14 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 14 Nov — Sekumpulan 140 pelajar dan empat pensyarah Taylor’s University yang sedang membuat lawatan sambil belajar di Paris dilapor selamat daripada kejadian serangan di sana.

Menurut pegawai universiti berkenaan, mereka dijadual pulang ke Kuala Lumpur esok.

“Kakitangan kami yang mengiringi para pelajar itu berada bersama mereka dan memberi bantuan yang diperlukan.

“Para pelajar tersebut adalah selamat dan akan pulang esok,” katanya ketika dihubungi.

Mereka kebanyakannya merupakan pelajar jurusan pelancongan dan hospitaliti.

 

— The Star

 

Tinggalkan komen anda