Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau PinangViral

Sistem Pemilihan Jawatankuasa DAP Negeri Dibidas Ahli

By 29 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

GEORGE TOWN, 29 Nov  — Perwakilan ke Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2015 hari ini membidas sistem pemilihan jawatankuasa parti DAP negeri yang didakwa tidak telus dan saksama.

Perwakilan dari Taman Chai Leng Shamsher Singh Thind berkata sistem pemilihan anggota jawatankuasa DAP negeri harus diubah kerana tidak memberi kuasa sepenuhnya kepada akar umbi memilih pemimpin mereka.

“Sistem pemilihan jawatankuasa DAP Pulau Pinang harus diubah supaya menjadi lebih telus kepada mereka yang mendapat undi yang tinggi dan diberi jawatan pengerusi,” katanya ketika sesi perbahasan konvensyen itu di sini hari ini.

Beliau turut menggesa Jawatankuasa Pusat (CEC) dan Jawatankuasa DAP negeri mensyaratkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, sekiranya diberi kepada DAP, harus diserahkan kepada pengerusi DAP negeri dan bukan kepada yang lain.

Terdahulu, perwakilan Sri Tanjung Bungah Lim Cheng Hoe turut membangkitkan perkara sama supaya kepimpinan parti dapat membuat perubahan dalam sistem pemilihan jawatankuasa negeri.

Katanya mana-mana pemimpin yang mendapat undi yang tertinggi dalam pemilihan jawatankuasa negeri seharusnya diberi peluang memimpin parti sebagai pengerusi.

“Dalam sistem lama, 15 pemimpin yang terpilih akan diundi sekali lagi untuk menentukan jawatan masing-masing dan sistem ini tidak memberi kelebihan kepada pemimpin yang mendapat undi tertinggi,” katanya.

— BERNAMA

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda