Skip to main content
Berita TempatanKelantan

1,200 Penduduk Semerak, Bukit Yong Akan Nikmati Air Bersih

By 21 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Nur Shafira Bt Mat Hussin (Kota Bharu)

PASIR PUTEH, 21 Dis ( Malaysiaaktif) – Seramai 1,200 pemegang akaun Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) yang tinggal di kawasan Semerak dan sempadan Bukit Yong akan menikmati bekalan air bersih terawat dengan anggaran penggunaan 150 ribu meter padu sebulan.

Ini berikutan hasil kerjasama antara AKSB dan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) melalui pemeteraian Perjanjian Bekalan Air Terawat Secara Pukal hari ini.

Majlis perjanjian disaksikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Haji Ahmad Yaakob dan Menteri Besar Terengganu Datuk Haji Ahmad Razif Abd Rahman.

 

Tinggalkan komen anda