Skip to main content
HomeViral

Mangsa Ditempatkan Di Hospital Berdekatan – Duta Malaysia

By 21 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Malaysiaaktif) – Mangsa kemalangan membabitkan bas di Chiang Mai, Thailand ditempatkan di beberapa hospital di daerah tersebut, termasuk Hospital Bangkok (cawangan Chiang Mai).

Semua mangsa yang dilaporkan maut telah ditempatkan di Hospital Maharaj Nakorn Chiang Mai.

Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain memaklumkan salah seorang warganegara yang terlibat masih hidup namun mengalami kecedaraan yang teruk dan kini masih menjalani pembedahan.

Pihaknya telah berhubung dengan kesemua ahli keluarga mangsa yang dalam perjalanan ke Chiang Mai untuk proses pengecaman dan urusan membawa pulang mayat.

Sejumlah 13 warga Malaysia yang maut dalam kemalangan itu ialah Tan Thin Thin (39), Tan Sui Heng (54), Ker Bong Ngwang (57), Low Chee Lan (85), Ong Chai Hong (58), Ong Pek Ming (61), Chua Ah Kim (55), Oum See Seng (63), Ong Chui Hoe (53), Ker Ah Hwee (55), Teng Hian Min (57), Wong Yoke Ying (58) dan Png Ee Ting (23), termasuk seorang pemandu pelancong warga Thai yang menjadikan jumlah mangsa terkorban seramai 14 orang.

Warga Malaysia yang cedera ialah Tan Yang Soon (64), Ker Shin Hui, Goh Bak Chai, Ng Too Hyiok (63), Lum Jia Miem (21), Lim Ah Gek (64), Lee Siew Kim (61), Teo Tien Chor (59) dan Lim Guat Huay (53).

Sebelum ini,  syarikat pelancongan yang bertanggungjawab membawa para pelancong itu telah menguruskan perjalanan 15 anggota keluarga mangsa untuk ke Chiang Mai.

 

Tinggalkan komen anda