Skip to main content
HomeViral

Dr Hassan Said Naib Canselor UITM Mula 1 Feb 2016

By 14 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

KENYATAAN MEDIA

PELANTIKAN PROF EMERITUS DATO’ DR HASSAN BIN SAID SEBAGAI NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)

Dengan sukacitanya, Kementerian Pendidikan Tinggi ingin mengumumkan pelantikan YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan bin Said sebagai Naib Canselor UiTM yang ke-9, berkuatkuasa 1 Februari 2016.

Sebelum pelantikan ini, Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said menyandang jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Taylor’s dan beliau juga merupakan mantan Ketua Pengarah Pengajian Tingg antara Januari 2005 hingga April 2008.

Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang matematik daripada University of Manchester (1979), ijazah sarjana sains daripada Brunel University, United Kingdom (1981) dan ijazah PhD juga daripada Brunel University (1984) dengan pengkhususan dalam bidang Computer Aided Geometric Design. Beliau telah memulakan kerjaya sebagai pensyarah matematik di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984, kemudiannya dilantik sebagai dekan fakulti pada tahun 1990 dan Timbalan Naib Canselor (Akademik) USM pada tahun 1995, sebelum berpindah ke Kementerian pada tahun 1998 sebagai pengarah bahagian.

Kementerian juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Prof Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, Naib Canselor UiTM ke-8, yang akan tamat tempoh perkhidmatan beliau sebagai Naib Canselor pada 31 Disember 2015 ini.

YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Prof Ir. Dr. Sahol Hamid, yang telah berkhidmat sebagai Naib Canselor UiTM mulai 1 Januari 2010,  telah banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan UiTM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang tersohor di negara dan juga di persada antarabangsa, dan juga kepada kemajuan anak-anak bumiputera. Terima kasih diucapkan kepada YBhg Tan Seri Dato Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid.

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada YBhg. Emeritus Prof Dato’ Dr Hassan Said atas pelantikan sebagai Naib Canselor UiTM. Dengannya rekod kepimpinan dan pencapaian pendidikan yang cemerlang, Kementerian yakin bahawa pelantikan Prof Dato’ Dr. Hassan sebagai Naib Canselor UiTM akan dapat melonjakkan UiTM ke tahap yang seterusnya.

“Soaring Upwards”

Kementerian Pendidikan Tinggi
Putrajaya
14 Disember 2015

Tinggalkan komen anda