Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeRencana & PendapatViral

Dream Car Expo 18 – 20 Disember 2015 di Mid Valley

By 19 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

OLEH Pradeeb Kumar Velayutham Kuala Lumpur, 18 Dis (Malaysiaaktif) – Dream Car Expo 2015 kini berlangsung di aras 3, Mid Valley Megamall dari 18 hingga 20 Disember 2015. Expo ini menyaksikan penyertaan daripada pelbagai pengeluar kereta tempatan dan luar negara. Pelbagai kereta model baru dan mewah dipamerkan dalam expo ini menarik perhatian para pengunjung.

pic 2
Disamping penjualan kereta, nasihat daripada jurujual kenderaan, para pengunjung juga dapat bergambar dan memasuki kereta yang disukai. Kelihatan ramai anak muda dan golongan lelaki yang minat akan kenderaan motor tidak melepaskan peluang ini.

Selain itu, kaunter JPJ turut dibuka yang mana menawarkan perkhidmatan seperti, Rayuan Kompaun bagi pesalah Trafik, Pembaharuan lesen memandu, pembaharuan lesen kenderaan motor (Road Tax), pendaftaraan Ahli skuad Muda 1 JPJ, pendaftaraan ID mySIKAP orang awam, dan pendaftaran Program mylesen.

Tarikan lain dalam expo ini juga ialah penjualan nombor-nombor baki pendaftaraan kenderan daripada pihak JPJ dan Yayasan Patriot Negara Malaysia. Orang ramai yang ingin berkunjung ke expo Dream Car ini boleh berkesempatan sehingga hari Ahad ini secara percuma.

 

20151218_114659

Tinggalkan komen anda