Skip to main content
Berita TempatanHomeKedahViral

WARISAN DAN KETAMADUNAN BANGSA MELAYU TERUS DIMARTABATKAN

By 18 Disember 2015Disember 19th, 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh Muhammad Azrul Hafiz Nazri, Langkawi, 17 Disember 2015 (Malaysiaaktif) – Jati diri sesebuah kaum dan bangsa coretanya terletak pada sejarah yang telah berlalu.

Oleh itu, semalam pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM)Kedah bersama- sama Institut Pengurusan dan Intergriti Negeri Kedah(INSPIN) telah melaksanakan Seminar Antarabangsa Warisan dan Tamadun Melayu 2015, bertempat di One Hotel Helang, Langkawi.

YB Dato Hj .Mohd Rawi Abd.Hamid (Exco Kerajaan  Negeri Kedah merangkap ADUN AYER HANGAT mewakili YAB Dato Seri Menteri Besar Kedah telah merasmikan Seminar ini.

Menurut Dr.Asmadi Mohammed Ghazali, Rektor UiTM Kedah tujuan seminar ini adalah untuk memartabatkan warisan dan ketamadunan bangsa melayu, agar ianya sentiasa di hayati sepanjang zaman, terutamanya gen ‘Y’ hari ini.

Sejarah ketamadunan dan warisan sesuatu bangsa perlu di jaga dan di pelihara, agar ianya tidak lenyap di telan zaman.

Menurut Dato Hj.Rawi bin Abd.Hamid dalam ucapan perasmianya, di hadapan 200 orang peserta,

seminar ini mampu menyatupadukan semangat dan perpaduan bangsa melayu, yang mana akhir- akhir ini kian pudar penghayatanya, terutama golongan muda.

Menurut beliau lagi, melalui seminar seperti ini,peluang menyuburkan kembali semangat jati diri sebagai anak melayu.

Generasi muda juga perlu di dedahkan dengan semangat cintakan sejarah..supaya iaya tidak di perkotak katikan.

Tinggalkan komen anda