
Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)
KUALA LUMPUR 9 Dis (Malaysiaaktif) — Wakil UMNO Bahagian Jasin, Mohd Rafie Madon berjaya menjadi juara dan mengharumkan nama Melaka pada Pertandingan Akhir Pidato Piala Presiden UMNO semalam yang dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Pertandingan Pidato akhir itu disertai 15 peserta dari seluruh negara dan diadakan di Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Dalam pertandingan tersebut, Mohd Rafie telah membentangkan tajuk “Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputra”.
Turut mewakili Melaka, Baiha Haron dari UMNO Bukit Katil. Kedua-dua mereka terpilih selepas memenangi Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO Wilayah Zon Selatan pada Oktober lepas.