Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Gotong Royong Perdana UITM Turut Kampus Merbok

By 5 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 5 Dis (Malaysiaaktif) — Seramai 400 warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah mengambil bahagian dalam Program Gotong Royong Perdana UITM 2015 yang dijalankan serentak di semua kampus UiTM seluruh Malaysia pada Khamis.

Rektor UiTM Cawangan Kedah, Dr Asmadi Mohammed Ghazali berkata, program sebegini bukan sahaja baik untuk pembangunan kampus bahkan boleh dijadikan pendekatan utama bagi memupuk perpaduan dalam kalangan warga kampus.

 

20151205064822

 

Beliau mahu supaya Kampus Merbok mempunyai daya tarikan sebagai ‘resort’ yang selamat, sihat dan selesa untuk warganya.

Sehubungan itu, Dr Asmadi berkata ‘Keselamatan, Kesihatan dan Keselesaan’ dipilih sebagai tema program tahun kerana ia bertepatan dengan misi universiti untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warganya.

Menurutnya, tarikh 3 Disember dipilih kerana pada hari itu lebih ramai warga kampus boleh mengambil bahagian memandangkan pelajar diploma dan ijazah masih dalam minggu pengajian.

 

20151205064758

 

Jurutera Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM Kedah, Mohamad Abdulla, berkata, program ini mendapat kerjasama baik dari para pelajar yang bersama-sama membantu mengindahkan kawasan mereka berikutan kesedaran dan rasa tanggungjawab terhadap kampus tersayang.

Program Gotong Royong Perdana UITM 2015 ini dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM, Tan Seri Prof. Sahol Hamid Abu Bakar di Kampus UiTM Puncak Alam, Selangor dan disaksikan secara langsung di semua kampus cawangan UiTM.

 

Tinggalkan komen anda