Skip to main content
Berita TempatanHomeViral

Hasrat Baik Namun Perlu Diperjuangkan Mengikut Tali Allah – Nasrudin Hassan

By 18 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

Oleh Faris Fuad KUALA LUMPUR, 18 Dis (Malaysiaaktif) – Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berpendapat kandungan ucapan dari dua pemimpin dari dua parti politik terbesar dalam negara semalam dilihat telah disusun dengan baik yang turut mengetengahkan pentingnya sistem perpaduan.

Namun, tegasnya, perkara itu hanya boleh dilaksanakan sekiranya mereka berpegang kepada tali Allah S.W.T.

“Saya mengamati ucapan panel undangan di Multaqa Serantau Alumni Al Azhar kelmarin dan juga ucapan kedua-dua pemimpin utama dari dua parti politik besar umat Islam di Malaysia ini. Kesemua ucapan dan kenyataan yang diungkap mengenai perpaduan ini disusun dengan begitu baik dan indah.

“Namun, perlu saya tegaskan di sini, bahawa keindahan perpaduan ummah itu tidak akan menjadi realiti jika tali pengikatnya bukan ‘Tali Allah S.W.T’. Ini adalah syarat terpenting dan inilah asas keindahan yang dimaksudkan,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Beliau berkata kerajaan yang berkuasa harus matang dalam menyelesaikan masalah atau isu negara yang turut membabitkan kebajikan rakyat.

Tambahnya, golongan islam merupakan umat yang terbaik namun menjadi lemah apabila berpecah, maka pucuk pimpinan harus memikirkan cara yang terbaik untuk mengelakkan ia daripada berlaku.

“Perpaduan hanya boleh dicapai dengan amalan politik matang yang meletakkan tanggungjawab kepada kerajaan yang memerintah supaya melaksanakan Islam dan keadilan kepada semua kaum.

“Politik matang yang menuntut semua pihak berlapang dada dan mampu duduk semeja serta berdiri sepentas bagi membincangkan isu-isu bersama khasnya perkara yang boleh menyatukan umat Islam,” katanya lagi.

Tinggalkan komen anda