Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeRencana & Pendapat

Isu “Lelaki Dikurung” telah diambil tindakan oleh KPDNKK

By 18 Disember 2015Disember 19th, 2015Tiada komen1 minit bacaan

Oleh Dila Khamde , Putrajaya, 18 Dis (Malaysiaaktif) – Baru-baru ini timbul isu mengenai lelaki bernama Dipres Nasution Mohd Arifin yang dikurung empat jam oleh penjual telefon bimbit yang menjadi viral di media sosial.

Kejadian tersebut telah memaksa Dipres untuk membayar sejumlah wang sebanyak RM5,000 bagi pembelian empat telefon bimbit, berbanding harga asal yang telah dipersetujui iaitu RM800.

Dipres kemudian telah memfailkan aduan di Tribunal Tuntuan Pengguna Malaysia (TTPM) Kuala Lumpur pada 24 November 2015.

Susulan daripada itu, TTPM telah mengeluarkan penghakiman dan kedua-dua pihak telah masing-masing memulangkan semula RM5,000 dan keempat-empat telefon bimbit.

Sehubungan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) menafikan bahawa tiada sebarang tindakan diambil terhadap kes ini seperti yang didakwa.

Ketua Setiausaha­ KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad menyatakan bahawa Tribunal Tuntuan Pengguna Malaysia (TPPM) merupakan sebuah badan kehakiman bebas di bawah KPDNKK. Ia ditubuhkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan berfungsi mendengar serta mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh pengguna di bawah akta yang sama.

Dari Januari hingga 30 November 2015, KPDNKK telah mengambil 92 tindakan berkaitan barang tiruan telefon bimbit melibatkan nilai rampasan hampir RM600 ribu.

Manakala dalam tempoh lima tahun iaitu dari 2011 hingga 2015 sebanyak 462 kes telah diambil tindakan dengan rampasan bernilai hampir RM2.3 juta.

Orang ramai dinasihatkan supaya perlu berhati-hati semasa membuat pembelian agar tidak terpengaruh dengan iklan tawaran harga telefon bimbit yang dijual dengan begitu murah.

Tinggalkan komen anda