Skip to main content
Berita TempatanKedah

Jabatan Kesihatan Kedah Sambut Hari AIDS Sedunia

By 10 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zihan Zari ( Alor Setar)

ALOR SETAR, 10 Dis (Malaysiaaktif)  –  HIV/AIDS kini sukar dibendung kerana amalan perlakuan seks tidak sihat dan perkongsian jarum suntikan berleluasa.

Timbalan Pengarah Perubatan 1, Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Zaiton Udin yang mewakili Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Zorina Khalid berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari AIDS Sedunia 2015 Peringkat Hospital Sultanah Bahiyah di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau berkata sepanjang bulan ini, pihaknya mengadakan pelbagai program selaras dengan tema ‘Menuju Sifar’, seperti ditetapkan dalam Program Bersama Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai HIV dan AIDS.

Dr Zaiton turut menekankan bahawa dalam menangani wabak yang semakin serius ini, masyarakat perlu lebih peka terhadap risiko penyebaran virus HIV.

Sempena Hari AIDS Sedunia 2015 ini, Jabatan Kesihatan Kedah telah mengatur pelbagai acara sambutan, termasuk pameran, kuiz, ujian saringan HIV dan Pertandingan Mencari Harta Karun.

Ceramah HIV/AIDS turut disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah (AIDS/STI) Jabatan Kesihatan Kedah, Dr Zahariyah Yaacob dan Pakar Perunding Perubatan Jabatan Perubatan Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Low Lee Lee.

 

Tinggalkan komen anda