Skip to main content
Home

Perbaiki Bantuan Pengajian Jurusan Agama Luar Negara

By 10 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Diyana Zamri (PWTC)

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Malaysiaaktif) – Exco Pemuda UMNO, Fathul Bari Mat Jahya membangkitkan isu pembiayaan pengajian penuntut jurusan agama di luar negara seperti di Mesir, Syria, Jordan dan Indonesia ketika menyokong usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

“Saya mencadangkan kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya menyalurkan sumbangan kepada mereka sama ada dalam bentuk pinjaman atau biasiswa kepada penuntut yang cemerlang,” katanya.

Menurutnya, selama ini penuntut jurusan agama tersebut hanya mengharapkan bantuan yang diberikan oleh Baitulmal.

Selain itu, wakil UMNO Bahagian Arau, Perlis itu juga berharap peruntukan membeli al-Quran bagi kegunaan pelajar program j-Qaf (pengajaran subjek jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain) dapat disambung semula bagi menyokong usaha kerajaan yang mahu memperkasakan program itu.

Beliau berkata penubuhan sebuah institusi bagi menangani pemikiran khawarij golongan dan pemikiran ekstrem merentasi fahaman agama yang boleh menyebabkan rakyat terpengaruh dengan fahaman kumpulan militan turut diutarakan oleh Fathul Bari dalam ucapannya. Bentuk pemikiran tersebut melahirkan tindakan-tindakan yang bertentangan dan menggugat asas-asas ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah mampu mengancam kestabilan negara dan kesatuan ummah.

Tinggalkan komen anda