
Oleh Pradeeb Kumar Velayutham (Putrajaya)
PULAU PINANG, 12 Dis (Malaysiaktif) – Penang Port Sdn Bhd telah menetapkan jadual perkhidmatan Feri Pulau Pinang yang baharu mulai 1 Januari 2016. Sebanyak tiga buah feri akan beroperasi dalam jangka masa 18 jam setiap hari.
Menurut satu kenyataan daripada syarikat pengendali perkhidmatan tersebut, feri pertama akan berlepas dari Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth pada pukul 6.00 pagi manakala feri terakhir akan berlepas dari Pangkalan Raja Uda, Georgetown pada pukul 11.00 malam.
Pada waktu puncak, feri akan beroperasi dalam jangka masa selang 20 hingga 30 minit dan selepas pukul 8.00 malam pula tempoh operasi feri adalah selang satu jam.
Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak Penang Port Sdn Bhd di talian 04-210 2211.