
Oleh Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)
SEGAMAT, 23 Dis (Malaysiaaktif) — Seorang pekebun di sini, Fauzi Yusof, 29, terkejut apabila kali pertama dalam hidup dapat melihat sendiri jantung pisang keluar dari batang pokok pisang.
Kejadian yang dianggapnya sebagai aneh berlaku di kebun milik kawannya di Kampung Tenang, Labis. Pokok pisang berusia setahun yang mengeluarkan jantung dari batang itu pertama kali berlaku di kampung tersebut.
Kejadian luar biasa ini menimbulkan rasa serba salah bagi Fauzi, sama ada harus memotong bahagian jantung atau biarkan sahaja.