Skip to main content
Home

Pasukan SMART Malaysia Kedua Di Asia, Nombor 125 Di Dunia

By 23 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Dila Khamde & Syed Hisham Shah

CYBERJAYA, 23 Dis (Malaysiaaktif) — Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dalam perancangan mencari seramai mungkin sukarelawan di peringkat nasional melalui penubuhan kelab atau persatuan di Universiti Awam seluruh negara mulai Januari depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pasukan komuniti tersebut akan menjadi pelapis kepada pasukan SMART di masa akan datang dan menjadi pasukan penyelamat unggul di dunia.

“Pasukan SMART sedang menjalani proses penilaian awal untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pasukan Heavy Urban Search and Rescue (USAR) melalui International Search and Rescue Advisory Group (INSARAG) dan International External Classification (IEC) pada Jun tahun depan.

Beliau berkata, “Pengiktirafan INSARAG ini amat penting kepada SMART kerana ia merupakan asas pertimbangan utama bagi sesebuah negara untuk menerima tawaran bantuan pasukan mencari dan menyelamat daripada luar negara.”

Shahidan berkata demikian semasa lawatan kerja ke Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia Malaysia(SMART) di sini hari ini.

Setakat ini, hanya Singapura satu-satunya negara Asia Tenggara yang telah menerima pengiktirafan seumpama itu. Malaysia kini berada di kedudukan 125 dunia, kelapan di Asia Pasifik dan kedua di Asia dalam senarai pasukan penyelamat seluruh dunia.

Smart  mempunyai 143 anggota Smart terdiri daripada 11 pegawai dan 132 anggota.

Tinggalkan komen anda