Skip to main content
Berita TempatanHomePerak

Jelajah Kasih Media Ke Jabatan Kerajaan Eratkan Hubungan

By 19 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

Oleh Mohd Alihanafiah TELUK INTAN, 18 DIS (MALAYSIAAKTIF) – Satu perjumpaan antara Sinar Harian dan ketua-ketua jabatan kerajaan telah diadakan di Bangunan Persekutuan Jalan Changkat Jong petang tadi. Perjumpaan ini adalah bersempena Ziarah Kasih Sinar Harian 2015 di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sinar Harian negeri Perak.

Kunjungan 25 orang wartawan ini diketuai oleh Pn. Mazlinda Mohd Nor, ketua editor Sinar Harian yang berpusat di Shah Alam. Dalam ucapannya, Mazlinda berkata program ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat antara pihak Sinar Harian dengan jabatan-jabatan persekutuan yang memberi khidmat kepada masyarakat di peringkat daerah. Beliau berharap perkongsian maklumat antara pihaknya dengan agensi-agensi kerajaan akan membolehkan maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada pembaca-pembaca Sinar Harian.

Dalam majlis yang sama, ucapan wakil jabatan-jabatan kerajaan telah disampaikan oleh En.Mohd Fadzil Azma bin Mat Saad, Pegawai Penerangan Daerah Hilir Perak. Beliau dalam ucapannya menghargai usaha yang dilakukan Sinar Harian dalam membawa berita-berita setempat di daerah ini kepada pembaca di seluruh negara.

Mohd Fadzil juga mengharapkan agar peranan wartawan amnya dapat membantu menangkis persepsi-persepsi negatif masyarakat terhadap perkhidmatan awam di Malaysia.

Program ziarah ini akan berlanjutan hingga Sabtu di kawasan sekitar Bandar Teluk Intan

Tinggalkan komen anda