Skip to main content
Berita TempatanHomePerlisViral

Menjaga Kebersihan Persekitaran Dipupuk Dari Usia Muda

By 19 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh : Wan Muhamad Zikri Wan Kamis CHUPING, 19 Dis (Malaysiaaktif) – Pihak pengurusan RPA Chuping telah berjaya melancarkan COMBI dalam RPA Chuping hari ini.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah sesi latihan cari dan musnah, Pertandingan mencari jentik jentik, Sukaneka, Senamrobik, saringan kesihatan, pameran Demam Denggi serta Unit Farmasi.

Kempen kesedaran penggunaan VAPE turut dijalankan berikutan penularan aktiviti menghisap Vape di kalangan anak muda yang dilihat berleluasa.

Adalah diharapkan budaya Gaya Hidup Sihat dan Amalan Menjaga Kebersihan Persekitaran akan berjaya diterapkan di dalam setiap anggota masyarakat dari setiap peringkat umur.

Pelancaran COMBI RPA Chuping telah disempurnakan oleh ADUN Chuping YB Puan Asmaiza bt Ahmad.

Tinggalkan komen anda