Skip to main content
Berita TempatanHomeKedah

Program Back To School 2.0 UiTM Kedah

By 21 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Mohd Zihan Zari (Kuala Muda) Sungai Petani, 20 DIS (Malaysiaaktif) β€” Nasib 25 orang anak yatim dan miskin Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin Pertubuhan Kebajikan Nur Hidayah, Kampung Sadik, Kupang tidak pernah dipinggirkan malah kebajikan mereka merupakan agenda utama yang sentiasa diberi keutamaan dan diraikan dalam Program Back To School 2.0 oleh UiTM Cawangan Kedah di sini, semalam.

Menyedari keperitan hidup yang dialami, mereka telah dibawa membeli belah peralatan sekolah di Aman Jaya Mall Sungai Petani dan dibawa makan tengahari tajaan Aqeem Beriyani, Sungai Petani Rektornya, Dr Asmadi Mohammed Ghazali berkata, “kebajikan anak yatim dan pelajar miskin tidak pernah dipinggirkan dan berharap program sebegini akan menjadi tradisi UiTM Cawangan Kedah dalam membantu perkembangan pembangunan masyarakat sekitar kampus. UiTM Cawangan Kedah juga tidak mahu golongan ini berasa diri mereka seperti diabaikan, sebaliknya kita sentiasa memberi perhatian kepada mereka untuk meneruskan kehidupan,” katanya kepada Malaysiaaktif.

AnXInlJxt0sgLUl9sop7F-7irMe3RqhIWFZ0vK5wLBWS

Turut sama memeriahkan program in, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri, UiTM Cawangan Kedah, Dr Mahazir Ismail. Ketua Pusat Pengajian Perakaunan UiTM Cawangan Kedah, Dr Mazlin Marzuki berkata, program ini merupakan pendekatan out reach dan cetusan ilham Fakulti Perakaunan untuk membantu masayarakat sekeliling yang memerlukan perhatian dan sokongan warga kampus. Sebanyak RM8,000 hasil kutipan dari warga kampus UiTM Cawangan Kedah disumbangkan kepada anak yatim dan miskin.

Program ini diketuai oleh Pensyarah Perakaunan UiTM Cawangan Kedah, Dr Khairul Anuar Kamaruddin dan dibantu oleh pensyarah dan pelajar Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kedah.

Tinggalkan komen anda