Skip to main content
Berita TempatanSabah

Misi Raih Sokongan Benteras Rasuah Oleh SPRM

By 4 Disember 2015Disember 5th, 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Leonard Desmond & Sam Mansibu (Sabah)

 TAMBUNAN, 04 Disember 2015 (Malaysiaktif) –? Semarakkan semangat anti rasuah dalam kalangan masyarakat, meraih, mengekalkan sokongan dan kerjasama masyarakat membanteras rasuah merupakan misi utama penganjuran Program North Borneo Tour with SPRM bersempena Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa Peringkat Negeri Sabah 2015 dengan kerjasama Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

Norazley Amat selaku ketua konvoi turut berkata, “Konvoi ini merupakan suatu perkongsian maklumat dan cadangan dalam menyampaikan mesej pencegahan rasuah serta meningkatkan kefahaman terhadap usaha SPRM dalam membanteras rasuah di Malaysia”.

 

SPRM 3

 

Konvoi yang melibatkan sebanyak 31 buah Motosikal Berkuasa Tinggi daripada Sabah Big Bikers Association (SBBA) sambil diiringi oleh pihak PDRM, ambulans dan unit SPRM Sabah telah menyelusuri hampir keseluruh daerah di Sabah yang bermula pada 1 Disember di Kompleks Kerajaan Persekutuan.

Ketibaan konvoi di Daerah Tambunan disambut oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.32 Tambunan, Silverius Bruno, Penolong Pegawai Daerah Tambunan Jumain Abdul Ghani, ketua serta anggota Jabatan Persekutuan dan Negeri, pemimpin masyarakat dan penduduk sekitar daerah Tambunan.

Mereka yang hadir turut menunjukkan sokongan misi ini dengan menandatangani banner yang dibawa bersama konvoi ke setiap lokasi persinggahan yang lawati.

Kakitangan Kompleks Sukan Tambunan, Tony Utu, yang hadir ke program tersebut berkata “program ini perlu diteruskan setiap tahun bagi memastikan masyarakat terus yakin dengan kredibiliti SPRM khususnya membanteras isu rasuah di Negara ini khususnya di Negeri Sabah”.

Tinggalkan komen anda