Skip to main content
HomeViral

Tian Chua Dipanggil Bukit Aman, Yakin Tidak Bersalah

By 4 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Malaysiaaktif) – Naib Presiden PKR, Tian Chua berpendapat lawatan kerja ke Filipina tempoh hari sengaja diperbesarkan pihak tertentu.

Beliau berkata perkara pihaknya sedia memberi kerjasama penuh terhadap pihak polis bagi melancarkan proses siasatan insiden tersebut.

“Saya tidak ingin mengulas perkara ini, kerana pertemuan itu tidak ada sebarang unsur jenayah, jika ada kesilapan dari segi persepsi, Nurul Izzah sudah memohon maaf dan tidak perlu dipanjangkan.

“Kami beri kerjasama penuh untuk siasatan polis dan perkara ini perlu diselesaikan,” katanya di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman,” katanya ketika ditemui media di perkarangan Balai Polis Bukit Aman hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu menjelaskan polis masih lagi tidak mengesan sebarang bentuk kesalahan susulan perjumpaan itu.

Tian Chia juga turut melahirkan rasa kesal terhadap tindakan beberapa tindakan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang dilihat menggunakan kepentingan politik terhadap  Nurul Izzah di Dewan Rakyat, semalam.

“Isu ini harus dihentikan polemiknya dan fokus kepada (perkara) lebih besar dan kepentingan masyarakat,” katanya.

Beliau hadir bersama peguamnya, R. Sivarasa hadir kira-kira jam 11.25 pagi dan keluar selepas sejam apabila penerangannya direkodkan.

Tian Chua memaklumkan beliau dipanggil oleh pihak polis pada minggu lepas namun terpaksa ditangguhkan atas kesibukan bekerja.

Sebelum ini, beliau menafikan dakwaan kononnya pertemuan dengan Jacel Kiram itu diatur  terlebih dahulu.

Menurutnya, pertemuan tersebut adalah undangan pihak penganjur dan mereka hanya menjadi tetamu.

 

Tinggalkan komen anda