Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kempen Pencegahan Penyeludupan Di Seri Menanti

By 22 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Khairul Annuar Zulkernain (Muar)

MUAR, 22 Dis (Malaysiaaktif) — Ke arah meningkatkan kesedaran tentang penyeludupan barangan terkawal dan haram ke negara ini, satu kempen dilancarkan di sini semalam.

Kempen ini tertumpu di kawasan Mukim Seri Menanti kerana kawasan pantai persekitaran kerap digunakan untuk pendaratan barangan penyeludupan, termasuk rokok dan minuman keras.

Inisiatif yang dilancarkan di Sekolah Kebangsaan Seri Menanti ini merupakan kerjasama antara Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Johor dan Jawatankuasa Mukim Seri Menanti.

Majlis dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Balang, Zaiton Haji Ismail.

Dalam ucapannya, Zaiton meminta penduduk kampung memberikan kerjasama dalam membantu membanteras penyeludupan ini. Beliau juga mengingatkan masyarakat setempat supaya bersatu dalam memastikan supaya tiada anasir luar membolos ke kawasan ini untuk melakukan perkara menyalahi undang-undang.

Hadir dalam majlis ini termasuk Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Datuk Haji Hassan Ibrahim dan Pengarah Kastam Negeri Johor, Datuk Ramli Johari.

Aktiviti berbentuk karnival diadakan, termasuk acara sukan rakyat, pameran oleh agensi kerajaan, taklimat tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan penyampaian bantuan kepada rakyat termiskin.

 

Tinggalkan komen anda