Skip to main content
Berita TempatanTerengganu

Pejalan Kaki Solo Keliling Semenanjung Tiba Di Chukai

By 15 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Aneta Ahmad (Kemaman)

KEMAMAN, 15 Dis ( Malaysiaaktif) —  Pejalan Kaki, Sabri Ali, 53, berjaya menamatkan Misi Berjalan Kaki Solo Mengelilingi Semenanjung Malaysia buat kali kedua.

Beliau yang memulakan misi tersebut pada 10 November lepas tiba di Dataran Astaka Chukai semalam dan disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kijal, Datuk Seri Ahmad Said bersama beberapa pemimpin lain.

Sabri mengambil masa 35 hari untuk mengelilingi Semenanjung Malaysia dengan berjalan kaki.

Kejayaan itu sekali gus meletakkannya sebagai ikon kerana beliau juga Pengerusi J3K yang mementingkan kesihatan dan aktif menyebarkan tentang kepentingan kesihatan serta amalan gaya hidup sihat.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda