Skip to main content
HomeViral

Kertas Siasatan Disiplin Terhadap Muhyiddin Siap – Ku Nan

By 10 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Diyana Zamri (PWTC)

KUALA LUMPUR, 10 Disember (Malaysiaaktif) – “Kertas siasatan (kes dakwaan melanggar disiplin dan perlembagaan parti) kini sudah siap dan akan dihantar pada bila-bila masa kepada Lembaga Disiplin UMNO,” kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Setiausaha Agung UMNO itu mengesahkan perkara tersebut ketika diminta mengulas sama ada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Muhyiddin Yassin yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri akan berhadapan dengan tindakan disiplin kerana mendesak Najib meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri secara terbuka.

 

IMG_4954

 

Pada Isnin lepas, Muhyiddin hadir dalam satu perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru. Dalam ucapannya beliau telah menyentuh tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion di dalam akaun milik Perdana Menteri.

Selain itu, mengenai ucapan dasar Presiden UMNO, Tengku Adnan berkata perkara paling penting ialah berkaitan perpaduan,bersatu,bersetia dan berkhidmat dalam kalangan ahli dan pemimpin parti.

“Saya berpandangan mesej berkenaan sudah sampai kepada pemimpin dan perwakilan yang menghadiri perhimpunan agung kali ini bagi memastikan kita mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti,” katanya.

Beliau percaya perwakilan tahu apa yang mereka harus lakukan selepas ini.

Menurut Tengku Adnan, Presiden UMNO juga menjawab semua tohmahan yang dilemparkan pihak tertentu terhadap dirinya.

“Apa yang paling penting kita mahu melihat UMNO bersatu,” katanya kepada pemberita di luar Dewan Merdeka, PWTC setelah mendengar perbahasan ucapan dasar Presiden UMNO di sini sebentar tadi.

 

Tinggalkan komen anda