Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeSabah

SEDCO Bayar RM200,000 Sebagai Zakat Perniagaan 2015

By 24 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Khairul Azad Yunus & Abdul Sani Ariff Lokman (Sabah)

 KOTA KINABALU, 23 Dis (Malaysiaktif) –? ?Sebanyak RM200,000 dalam bentuk zakat perniagaan dibayar oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (SEDCO) kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bagi tahun 2015.

Menurut pengerusi SEDCO, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran mereka berharap dapat menyumbang zakat yang lebih tinggi pada masa akan datang walaupun dalam keadaan ekonomi mencabar sekarang ini.

Dalam perkembangan lain, Haji Nasir berkata SEDCO akan mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk mengembangkan inisiatif  Bazar Masjid yang diterajuinya mengikut keperluan di seluruh negeri tahun hadapan.

Setakat ini hanya tiga lokasi Bazar Masjid dibuka, iaitu di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Masjid Nurul Hikmah di Bukit Padang, Kota Kinabalu dan Masjid Daerah Ranau.

Menurut Haji Nasir, perkembangan konsep tersebut diharap dapat membantu usahawan Bumiputera menambah pendapatan, selain membantu mengimarahkan masjid.

Sementara itu, beliau berkata SEDCO, melalui anak syarikatnya, Sedcovest Holdings Sdn. Bhd. (Sedcovest) akan terus berusaha merangka pelbagai program keusahawanan dalam setiap daerah selaras dengan peranannya menggalakkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam sektor ekonomi.

Haji Nasir berkata demikian semasa majlis penherahan wang zakat SEDCO kepada Pusat Zakat Sabah semalam.

 

Tinggalkan komen anda