Skip to main content
EkonomiHomeViral

Siasatan Tun Mahathir Masih Dikemaskini – Ketua Polis Negara

By 16 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Malaysiaaktif) — Polis mengesahkan mereka masih mengemas kini kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang disoal siasat di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana kesalahan jenayah memfitnah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan sejurus selepas siasatan selesai, ianya akan dibentangkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Kita sedang kemas kini dan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara,” katanya selepas merasmikan Program Hari Hijau Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini.

Keterangan mantan Perdana Menteri itu telah direkodkan November lalu berikutan aduan seorang Ketua Bahagian Umno yang mendakwa Tun menghasut dan memfitnah berhubung isu negara.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata pihaknya telah mengambil kenyataan lanjut bekas Pegawai Eksekutif Petro Saudi, Xavier Andre Justo berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jelasnya, pertemuan yang dibuat di Bangkok, Thailand itu mendapat kerjasama penuh daripada Justo dan pihak berkuasa Thailand.

“Mungkin pegawai saya akan pulang hari ini dan akan membentangkan hasil temu bual itu.

“Pihak berkuasa Thailand akan menyerahkan dokumen berkaitan dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Semalam, perbincangan yang diadakan antara PDRM dan warga Switzerland itu berjalan seperti yang diatur.

Pasukan PDRM yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Siasatan/Perundangan), Datuk Amar Singh Ishar Singh ditugaskan untuk mengambil kenyataan daripada Justo.

Justo sebelum ini dijatuhi hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan pada 17 Ogos lalu selepas mengaku mencuri dokumen penting daripada PetroSaudi International sebagai cubaannya untuk memeras ugut.

 

Tinggalkan komen anda